'Datang disambut meriah, pulang tetap dikenang' - Kemeriahan penduduk setempat raikan perantau raih perhatian | The Reporter

‘Datang disambut meriah, pulang tetap dikenang’ – Kemeriahan penduduk setempat raikan perantau raih perhatian

Kepulangan perantau
Sumber Gambar: Tangkap layar TikTok syfqikhm, Putih Melati

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Masa berlalu begitu pantas. Tanpa disedari, hari ini sudah pun memasuki 8 Syawal. Seolah-olah baru semalam gema takbir Aidilfitri bergema di masjid dan surau, mengiringi tangisan syukur serta pelukan penuh keinsafan antara ahli keluarga dan sahabat handai.

Minggu lalu juga menyaksikan beberapa hantaran video dan gambar tular di media sosial, yang dikongsi orang ramai mengenai keadaan lalu lintas sesak di beberapa lebuh raya, berikutan peningkatan jumlah kenderaan menuju ke kampung halaman masing-masing.

Namun begitu, kesesakan tersebut tidak menjadi penghalang buat para perantau, apatah lagi apabila mereka disambut bukan sahaja dengan senyuman ahli keluarga, malah dengan kemeriahan oleh masyarakat setempat.

Beberapa video tular memaparkan penduduk setempat berdiri di sebuah jejambat di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menyambut kepulangan perantau yang pulang ke kampung halaman mereka.

@mohamad_shaiful

Selamat Pulang ke Kota wahai perantau perantau.. Selamat jalan..berhati2 Dan Selamat hari raya.. jumpa lagi.. #terengganukite #TOURISMTERENGGANU #rasaumari #Rasaumari #fyp #terengganu #gengkite #tiktok

♬ original sound – Mohamad Shaiful Anuar – Mohamad Shaiful Anuar

Suasana menjadi lebih meriah apabila penduduk turut mengibarkan bendera negeri Terengganu dan Jalur Gemilang sambil bersorak keriangan. Beberapa pemandu kenderaan pula membunyikan hon dan menyalakan lampu tinggi sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.

Bukan hanya menyambut kepulangan perantau, malahan masyarakat setempat juga mengambil peluang untuk ‘menghantar’ pulang perantau menuju ke destinasi masing-masing.

https://www.tiktok.com/@syfqikhmll._/video/7489790068022906130?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7449188224558499329

“Baru balik dari perantauan, disambut dengan lambaian di flyover. Kini kembali merantau, mereka tetap setia melambai dari tempat yang sama. Terima kasih orang baik!” kongsi Putih Melati.

“Selamat pulang ke kota wahai perantau-perantau. Selamat jalan. Berhati-hati dan Selamat Hari Raya, jumpa lagi,” tulis Mohamad Shaiful Anuar.

Related Posts