Golongan pempengaruh termasuk Youtuber, Instafamous dan pembuat ulasan berbayar diwajibkan untuk mengisytiharkan pendapatan mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun, meskipun perniagaan mereka mengalami kerugian.
Ketua Penolong Pengarah LHDN Kuala Lumpur, Syed Mohd Syukree Syed Mohd Kamil menegaskan bahawa masih ramai pembayar cukai yang beranggapan mereka tidak perlu menghantar borang cukai sekiranya tidak mencatat keuntungan.
“Rugi dalam perniagaan adalah perkara biasa. Tak kira untung atau rugi, anda tetap wajib hantar dan laporkan pendapatan setiap tahun,” katanya memetik laporan Bernama.
Menurutnya, pendapatan lain seperti gaji akan digabungkan dalam Borang B, dan masih berkemungkinan dikenakan cukai bergantung kepada jumlah keseluruhan pendapatan tahunan.
- MMN bantah cadangan kemasukan terbuka jururawat Indonesia
- Video ‘Birthday Prank’ ibu cetus perdebatan, Didi Astillah tampil mohon maaf
- Tonton World Cup 2026™ Tanpa Risau Data, Siap Berpeluang Menang Trip Bola Sepak RM250,000!
- Bidan tersalah alamat disangka penjenayah, cetus kekecohan di Bandar Scientex
- Gorila Kiyomasa tular, muka ‘overthinking’ lepas bergaduh dengan pasangan
Syed Mohd Syukree turut mengingatkan bahawa kegagalan melaporkan pendapatan merupakan satu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 112(1) Akta Cukai Pendapatan 1967. Kesalahan ini boleh mengakibatkan denda antara RM200 hingga RM20,000, hukuman penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Beliau turut menasihati agar semua rekod kewangan perniagaan disimpan sekurang-kurangnya selama tujuh tahun, termasuk penyata kewangan, rekod tunai, penyata bank dan invois berkaitan.
Tambahnya, hanya perbelanjaan yang benar-benar berkait dengan perniagaan sahaja dibenarkan untuk tuntutan cukai, justeru penting untuk membezakan antara perbelanjaan perniagaan dan peribadi.
“Dengan menghantar laporan pendapatan, pempengaruh bukan sahaja mematuhi undang-undang, malah dapat membina imej positif dan meningkatkan keyakinan pelanggan serta pelabur,” katanya lagi.
Langkah ini juga membuka peluang kepada mereka untuk menerima insentif cukai, bantuan kerajaan, serta sokongan bagi perkembangan perniagaan kecil dan sederhana.








