Usahawan Jofliam kini sah bergelar suami kepada Emira Delyati Dewi selepas melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup pada Sabtu.
Menerusi perkongsian di Threads, Jofliam berkongsi gambar mesra bersama isterinya di pelamin dengan kapsyen ringkas, “Alhamdulillah halal, esok saya spam banyak-banyak.” Pasangan ini dipercayai disatukan di kediaman Jofliam dengan kehadiran keluarga terdekat, dan menggunakan khidmat Munstara.Event sebagai perancang majlis.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah reaksi daripada bekas isterinya, Cik Epal, yang membuat satu hantaran sindiran di Instagram tidak lama selepas berita pernikahan itu tersebar.
- Catatan doa dan persiapan Haji Lisa Surihani raih perhatian
- Aduan ugutan jenayah Albert Tei terhadap Azam Baki diklasifikasikan sebagai NFA
- MPKj sahkan binaan haram di Sungai Makau, keluarkan notis penguatkuasaan
- Azhar Ahmad, Nik Alif Aiman capai perdamaian, selesai salah faham secara baik
- ‘Malaysia tidak perlukan Rashid Maidin 2.0’ – Pemuda MCA
Dalam kenyataan tersebut, Cik Epal menulis:
“Tahniah Han & Yuki dapat bibik baru.”
Beliau turut mengingatkan isteri baru Jofliam agar bersedia berdepan kerenah suaminya serta menyebut secara sinis bahawa lelaki tersebut “lemah dengan perempuan acah macam kau.”

Cik Epal turut menamatkan kenyataan itu dengan menyebut:
“Kepada pasangan penyondol laki dan bini orang, semoga berbahagia hingga ke neraka. Sesungguhnya korang memang match made in hell. Sekian terima kasut.”
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal berkahwin pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua anak, Han dan Yuki. Mereka berpisah pada tahun lalu selepas 10 tahun bersama.








