Resepi Khairul Aming ‘tak jadi’? Lelaki ini luah keluhan lain pula! | The Reporter

Resepi Khairul Aming ‘tak jadi’? Lelaki ini luah keluhan lain pula!

Resepi Khairul Aming

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Setiap tahun, pastinya sesiapa sahaja tertunggu-tunggu resepi yang akan dikongsikan oleh pempengaruh Khairul Aming.

Seperti kebiasaan juga, pastinya ada hantaran-hantaran video yang mencuit hati berkongsikan hasil masakan yang dibuat berdasarkan resepi Khairul Aming. Ada yang menjadi, tapi sebaliknya pula ramai dilihat ‘gagal’ dan terpaka membuat semula resepi asal seperti ditunjukkan.

Tetapi, disebalik keluhan-keluhan ‘kepada Khairul Aming, saya buat tak jadi’, keluhan lelaki ini menarik perhatian ramai sehinggakan Khairul Aming terpaksa memohon ‘maaf’.

Pengguna TikTok yang dikenali sebagai Nagenganu meluahkan kepada Khairul Aming, isterinya hanya membeli barang-barang seperti yang dikongsikan dalam resepi, namun tidak digunakan.

“Saya nak memaklumkan tentang satu fenomena yang berlaku. Dan fenomena ini mengundang kebimbangan kami sebagai ketua keluarga. Orang rumah hanya membeli bahan mentah tapi tak digunakan.

“Carbonara dalam tin tu dah berapa lama dia simpan. Semua barangan dibeli, tapi tak buat jugak.

“Masalah ni beri impak besar kepada ekonomi rumah tangga dan negara,” katanya.

Menganggap keluhan ini sebagai satu ‘keluhan’ yang berlainan, Khairul Aming meninggalkan komen memohon maaf.

“Saya mewakili persatuan single mohon maaf. Baru tahu rupanya orang dah kahwin ada masalah ni rupanya,” kata Khairul Aming.

Menerusi komen dalam hantaran video berkenaan, ramai yang bersetuju dengan keluhan dan kenyataan lelaki berkenaan. Bukan sahaja kaum lelaki, malahan ada wanita yang ‘mengaku’ bahan-bahan mentah yang dibeli belum diusik.

Related Posts