Seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan polis selepas menumbuk seorang pelajar sekolah menengah hingga mengalami retak tulang hidung dalam satu insiden perselisihan jalan raya di Saujana Impian, Kajang.
Baca laporan berkaitan:
Lelaki berjubah tumbuk pelajar hingga patah hidung di Kajang
‘Dah kenapa aniaya anak orang macam tu?’
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, memaklumkan pihaknya menerima laporan pada jam 9.24 malam daripada remaja berusia 17 tahun yang menjadi mangsa serangan itu. Insiden dikatakan berlaku pada jam 2.15 petang selepas berlaku ketegangan antara mangsa dan suspek ketika mereka memandu di kawasan tersebut.
Difahamkan, selepas pertengkaran kecil di jalan raya, lelaki itu keluar dari kenderaannya sebelum bertindak ganas dengan menumbuk pelajar terbabit bertubi-tubi. Akibat serangan itu, remaja berkenaan mengalami kecederaan serius di bahagian hidung dan mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.
Remaja tiada lesen, suspek dipercayai penasihat agensi pelancongan
- Tabung untuk Adrian Adam dihentikan, Pak Nil umum jumlah kutipan
- Lelaki warga emas cedera dipercayai digigit buaya ketika menjala udang
- Jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia di Makkah
- Insiden Platform Sepat: PETRONAS siasat punca kejadian
- Kerajaan rancang wujudkan surau Jumaat selesa di Bukit Bintang
Menurut laporan Harian Metro, polis mendapati pelajar terbabit tidak memiliki lesen memandu dan telah dikenakan saman trafik. Sementara itu, lelaki yang menumbuknya pula dikenal pasti sebagai seorang penasihat agensi pelancongan yang bekerja di sekitar Kajang.
Suspek ditahan pada jam 9.50 malam untuk membantu siasatan. Kes kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah serta Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara berbahaya.
Pihak polis menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor E.N. Chalart Cinda, di talian 017-9825510.
Terdahulu, rakaman video berdurasi 34 saat memaparkan seorang pelajar lelaki berlumuran darah di bahagian hidung tular di media sosial. Insiden ini mencetuskan kecaman netizen yang menuntut tindakan tegas diambil terhadap pelaku.








