'Jadi ejen perpaduan, nokhtahkan isu yang berlaku' - PM nasihat trio DJ Era FM | The Reporter

‘Jadi ejen perpaduan, nokhtahkan isu yang berlaku’ – PM nasihat trio DJ Era FM

Ejen perpaduan
Sumber Gambar: FB Anwar Ibrahim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pesanan dan nasihat kepada tiga penyampai radio Era, Nabil Ahmad, Azad Jazmin, dan Radin Amir yang terkait dengan isu kontroversi sebelum ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri meminta mereka menjadi ejen perpaduan kepada kerajaan dan seterusnya menokhtahkan isu yang berlaku sebelum ini.

“Saya turut sampaikan nasihat kepada tiga penyampai radio Era FM dan meminta mereka membantu Kerajaan MADANI menjadi ejen perpaduan selain menoktahkan isu yang berlaku sebelum ini.

“Saya percaya media punyai peranan penting dalam mengangkat martabat dan nama negara ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, memetik dari Astro Awani, Nabil berbesar hati dengan nasihat yang disampaikan oleh Perdana Menteri.

“Kita ucap terima kasih banyak pada Datuk Seri Perdana Menteri kerana kesudian menjemput kami bertiga, dan bos kami (Priya Dharshini Prabakaran), untuk sama-sama berbuka puasa.

“Kedua, beliau juga minta kami untuk sampaikan mesej perpaduan, perbanyakkan mesej, kita hidup dalam negara harmoni, pelbagai kaum, majmuk.

“Jadi selalu dalam percakapan, perbuatan itu pasti kena perbanyakkan mesej perpaduan, itu yang beliau cakap kepada kami,” katanya.

Related Posts