Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa pelajar yang menghisap vape atau rokok elektronik di sekolah berisiko digantung sehingga 14 hari atau dibuang sekolah sekiranya kesalahan dilakukan berulang kali.
Langkah ini bertujuan membendung penggunaan vape dalam kalangan pelajar, seperti yang termaktub dalam Surat Siaran Bilangan 17 Tahun 2015.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menjelaskan proses tindakan disiplin bermula dengan amaran dan sesi konsultasi bersama ibu bapa. Pelajar juga diwajibkan menandatangani borang aku janji untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut. Jika mereka tetap berdegil, tindakan lebih tegas akan diambil.
- KTMB mohon maaf, 25 penumpang terlepas tren di Stesen Anak Bukit
- ‘Jangan datang’ bukan doa, Abby Abadi jelaskan maksud hantaran buat anak
- ‘Jika saya boleh menolak, mengapa Ismail tandatangan?’ – Aminuddin
- Pengulas ‘alih perhatian’, gelagat wanita dukung anak bawa makanan curi tumpuan
- Anggota trafik patah tangan, kaki dirempuh pemandu lari sekatan jalan raya
“Kita tidak akan berkompromi. Jika pelajar terus mengingkari larangan ini, mereka boleh digantung selama 14 hari tanpa menjejaskan peperiksaan awam, dan tindakan terakhir adalah buang sekolah,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr Azhar Ahmad dalam sesi Dewan Negara, pada Rabu, 5 Mac 2025.
KPM juga menekankan kepentingan pendidikan pencegahan sebagai langkah utama dalam menangani isu ini. Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dilaksanakan melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum bagi meningkatkan kesedaran pelajar tentang bahaya vape. Pelajar turut dilatih sebagai ‘duta sahsiah’ untuk membantu rakan sebaya menjauhi tabiat berbahaya ini.
Fadhlina menegaskan vape bukan sekadar isu disiplin tetapi juga masalah sosial yang boleh memberi kesan jangka panjang kepada generasi muda.
Sumber: Harian Metro








