Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Bagi peminat motosikal RXZ, pastinya ternanti-nantikan pengumuman penting yang dibuat oleh penganjur untuk mengadakan RXZ Member 7.0 bagi tahun 2025.
Saban tahun, acara ini pasti mendapat sambutan bukan sahaja peminat dalam negara, malahan dikatakan peminat dari Thailand turut menyertai acara ini.
Bagi memastikan segala persiapan peserta RXZ teratur terutamanya dari segi penginapan dan lokasi, penganjur telah mengumumkan tarikh bakal diadakan program himpunan motosikal RXZ Member 7.0.
“Tarikh RXZ Member 7.0 akan diadakan pada 23 Ogos 2025 bertempat di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.
“Semua spekulasi telah terjawab. Semua teka-teki telah diselesaikan.
“Siapkan jentera anda. Booking homestay. Pastikan permit lulus, baru keliaa, luncur,” kata penganjur.
Dalam hantaran di media sosial itu, pihak penganjur turut mengumumkan hadiah utama iaitu sebuah kenderaan Toyota Alphard dan acara berkenaan turut ditaja oleh Fokiyoks.
Difahamkan juga, susulan pengumuman tersebut, pengusaha beberapa homestay tidak menang tangan menerima tempahan dari peserta-peserta RXZ yang bakal menyertai acara berkenaan Ogos nanti.