'Arwah pergi dalam tidur, dalam pelukan saya selepas susukan baby' - Perkongsian lelaki ini raih simpati ramai | The Reporter

‘Arwah pergi dalam tidur, dalam pelukan saya selepas susukan baby’ – Perkongsian lelaki ini raih simpati ramai

Sumber Gambar: Thread Amirul Nafis

Pemergian orang yang tersayang meninggalkan kesan yang cukup mendalam apatah lagi pemergian itu secara tiba-tiba tanpa disangka.

Walaupun pahit, tetapi kehidupan harus diteruskan demi insan-insan yang masih memerlukan perhatian.

Begitu juga, kesedihan yang dialami oleh lelaki ini apabila mengetahui pemergian isterinya dalam tidur selepas menyusukan bayinya.

“Arwah isteri pergi dalam tidur, dalam pelukan saya selepas selesai susukan baby. Dia tidur dan ajalnya dijemput dalam tidur.

“Selamat jalan bidadariku. Terima kasih hadir dalam hidup papa selama 582 hari ni. 6/1/2025 papa kehilanganmu sayang.

“Kita dah plan macam-macam . Tapi Allah lebih sayangkan mama. Papa reda. Papa akan jaga amanah Allah yang ada ni tau. Faleeq tetap akan papa jaga . Membesar dengan baik. Papa sayang mama sangat-sangat, tapi Allah lebih sayangkan mama,” kongsinya di Thread.

Menurutnya, hasil bedah siasat doktor memaklumkan isterinya mengalami jangkitan paru-paru.

Lagi menyedihkan apabila lelaki berkenaan berkongsikan ketika mahu membuat pendaftaran kematian isterinya. Katanya, sebelum ini isterinya memaklumkan sijil kelahiran telah hilang dan mengajaknya ke Jabatan Pendafataran Pudu.

“Hari tu mama cakap papa, kita kena pergi JPN Duta lagi sebab sijil lahir mama hilang. Tapi hari ni, papa datang JPN sebab keluarkan sijil mati mama,” katanya.

Perkongsian lelaki yang bernama Amirul Nafis ini meruntun hati ramai dan mendoakan kemudahannya serta arwah isteri.

Related Posts