Sering diejek, Man Belon buktikan kejayaan, kongsi cabaran disebalik bergelar insan seni | The Reporter

Sering diejek, Man Belon buktikan kejayaan, kongsi cabaran disebalik bergelar insan seni

Sumber Gambar: Instagram Man Belon, Podcast Raja Lawak

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Nama Man Belon, seakan sudah tenggelam berbanding rakan seangkatan pelawak yang lain, namun ada yang masih mengingati lawak jenaka yang disampaikan beliau.

Menerusi satu perkongsian di Raja Lawak Podcast, Man Belon atau nama sebenarnya Sutarmin bin Tukican bercerita mengenai penglibatan beliau dalam program realiti tersebut dan kisah kehidupannya.

Katanya, sebelum terjebak dalam industri itu, dia bekerja sebagai penoreh getah dan juga penjual belon. Man juga mendedahkan dia akan berlatih dengan melekat cermin di dinding dan juga bercakap dengan pokok-pokok disekelilignya sebagai latihan untuk berdepan dengan penonton.

Disebalik lawak jenaka yang disampaikan, Man juga berkongsikan kisah sedihnya yang memasang impian masuk ke industri hiburan untuk membeli sebuah rumah.

“Kami duduk menumpang, rumah sewa dan buat pondok. Aku mahu buktikan pada isteri akan belikan sebuah rumah yang cantik,” katanya.

Walau diejek dan dihina, Man akhirnya dapat membuktikan dia mampu membelikan sebuah rumah dengan hasil pendapatannya menerusi pertandingan Raja Lawak 3 dan juga lakonan.

Man juga menzahirkan penghargaan buat isterinya yang telah banyak berkorban demi mereka sekeluarga.

“Masa masuk Raja Lawak, pendapatan tak menentu, isteri sanggup gadai barang kemas semata-mata nak sokong. Daripada 1 urat ke 3, 4 urat gadai,” katanya.

Ujar Man, dia kini lebih banyak menghabiskan masa di kampungnya di Perak sebagai penoreh getah dan penjual belon. Jika ada tawaran kerja di Kuala Lumpur, dia akan cuba penuhi permintaan tersebut yang bersesuaian dengan bayaran.

Related Posts