THAILAND – Seorang lelaki yang gagal mengawal perasaan cemburu bertindak menembak mati bekas isteri, bekas ibu mertua dan seorang remaja sebelum menembak dirinya sendiri. Kejadian itu menyebabkan dua anak perempuan pasangan itu terkejut dan kini mengalami trauma.
Pegawai Polis Daerah Mancha Kiri, Kapten Phongphit Thanaphanpakdee berktaa, kejadian itu berlaku di kampung Khampom, kira-kira jam 11.30 pagi, 21 September.
Pemeriksaan menemui mayat Jaruayporn Faengrit, 50, ditemui terbaring di katil dengan dua kesan tembakan. Anak perempuannya, Khalita Faengrit, 28, ditemui bersebelahan dengan dua kesan tembakan di kepala.
Remaja perempuan, Phonphiphat Thongyot, 18, ditemui di dalam bilik mandi, juga dengan dua kesan tembakan di kepala. Mayat pelaku, Noppadol Unthasee, 66, ditemui dengan kesan tambakan di dalam mulut.
Menurut Orn Faengrit, 68, nenek kepada Khalita berkata, cucunya itu mempunyai dua anak hasil dari perkahwinan terdahulu sebelum berkahwin dengan Noppadol.
“Dia selalu dipukul oleh suaminya. Itu yang mendorong dia untuk melarikan diri dan tinggal dengan ibu bapanya di Mancha Kiri. Noppadol merayu agar Khalita kembali dan akhirnya bersetuju untuk tinggal bersama.
“Tetapi Noppadol mengulangi perbuatannya itu tiga atau empat kali,” katanya.
Difahamkan, Khaliti kemudian bercerai dengan Noppadol dan bersama dengan anak-anak perempuannya berpindah ke rumah kakaknya. Pagi keesokan hari, Noppadol datang ke rumah untuk memujuk, tetapi Khalita menolak. Tindakannya itu membuatkan Noppadol berang dan mencetus kepada kejadian yang tidak diingini.
Semasa kejadian, Phonphiphat sempat menghantar mesej kepada ibunya di Bangkok, “Pak Boy (Noppadol) bunuh semua orang”. Ibu Phonphiphat cuba menghubungi Noppadol tetapi tiada respon sebelum dimaklumkan bahawa lelaki itu telah mati.
Sementara itu jiran berdekatan, Amporn Chaokudrang, 56, mengakui terdengar lapan bunyi tembakan dalam tempoh lebih kurang 10 minit. Dia kemudian meminta anak lelakinya mendengar bunyi itu yang kemudian mengesan bahawa itu adalah bunyi tembakan dan mengadu kepada ketua kampung.
Kolonel polis Pichai Nakhandee berkata, berdasarkan keterangan penduduk, pasangan itu telah bercerai setahun lalu. Noppadol sering datang untuk memujuk isterinya.
Polis tidak menolak kemungkin Noppadol berbuat demikian kerana cemburu, selepas dimaklumkan Khalita sedang menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.
Pemeriksaan dalam kenderaan Noppadol turut menemui bungkusan dadah jenis paraphernalia. Mayatnya telah diserahkan kepada keluargau ntuk dikebumikan. – Agensi








