Seorang lelaki mendakwa cucunya telah ditampar oleh seorang guru gara-gara tersalah masuk kelas.
Sehubungan dengan itu juga, dia meminta penjelasan daripada guru berkenaan atas tindakan tersebut.
Insiden berkenaan dikongsikan beliau menerusi satu hantaran di Facebook.

“Murid darjah dua ditampar melekat tapak tangan cikgu disebabkan salah masuk kelas.Cucu saya tu.
“Saya akan ke sekolah minta penjelasan dari guru tersebut.
“Ibu bapa yang anak mereka pernah dikasari oleh cikgu tersebut minta tampil bersama,” tulisnya.
Dalam pada itu, pempengaruh yang juga merupakan bekas guru, Mohd Fadli Salleh turut memuji tindakan yang dibuat oleh lelaki berkenaan yang meminta penjelasan daripada guru sekolah.

“Bukti sebegini sangat penting tau mak ayah. Tambah-tambah yang ada kesan jelas begini. Lagi baik kalau terus bawa ke klinik dan minta doktor tulis report jenis kecederaan anak,” katanya.








