Baru-baru ini, Fara Salleh mengaku meminta cerai daripada suaminya, Shuk Sahar, kerana sudah penat melayan kerenah suaminya.
Fara mendakwa Shuk sering bercerita mengenai keburukannya kepada kenalan rapat, sehingga mencemarkan nama baiknya.
Dia juga menyatakan Shuk tidak pernah berubah walaupun sudah banyak kali berbincang.
Bagaimanapun, Shuk Sahar memuat naik kenyataan di Instastorynya, menafikan dakwaan tersebut.
Jelas Shuk, seumur hidupnya dia tidak pernah bercerita buruk tentang orang dan berharap orang ramai dapat menggunakan akal dan fikiran untuk menilai situasi tersebut.

Shuk Sahar berkahwin dengan Fara Salleh pada November 2023. Sebelum ini, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada tahun 2015, tetapi mereka bercerai pada 22 Mac 2023.
Hasil perkahwinan dengan Rossa Sera, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain yang berusia 8 tahun dan Nur Assyifatu Aimi yang berusia 5 tahun.








