Fara Salleh minta cerai dari Shuk Sahar, kawan-kawan jadi punca? | The Reporter

Fara Salleh minta cerai dari Shuk Sahar, kawan-kawan jadi punca?

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Hari ini media sosial dikejutkan dengan berita panas mengenai Fara Salleh yang meminta cerai daripada suaminya, Shuk Sahar.

Fara mengaku bahawa dia tidak tahan dengan perangai Shuk yang sering menceritakan keburukannya kepada kenalan rapat, mencemarkan nama baiknya. Walaupun Shuk berjanji untuk berubah, perubahan itu hanya sementara.

Fara juga menyatakan mentalnya terganggu kerana terpaksa menjauhkan diri daripada rakan-rakan untuk fokus menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Shuk dan Fara berkahwin pada November tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua buat Shuk.

Fara Salleh mengakui bahawa dia pernah mengajak Shuk Sahar berbincang mengenai masalah rumah tangga mereka. Namun, hasil perbincangan tersebut tidak membawa perubahan yang kekal.

Menurut Fara, Shuk hanya berubah untuk sementara waktu sebelum kembali kepada perangai lamanya

Dalam kenyataannya, Fara tidak menyebut secara spesifik siapa ‘kawan-kawan’ yang dimaksudkannya, tetapi dia menegaskan bahawa Shuk lebih mempercayai dan melindungi kawan-kawannya berbanding dirinya.

Ini menambah tekanan dalam hubungan mereka, menyebabkan Fara merasa terpinggir dan tidak dihargai.

Sumber: mStar Online

Related Posts