Lelaki diliwat ketika mencari kerja di kedai perabot | The Reporter

Lelaki diliwat ketika mencari kerja di kedai perabot

Foto hiasan

Seorang pemuda berusia 22 tahun mengalami nasib malang apabila diliwat oleh seorang lelaki warga asing ketika mencari pekerjaan di sebuah kedai perabot di Tanjung Minyak, Melaka, pada Selasa.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11.30 pagi ketika mangsa datang untuk mencari kerja kosong di premis tersebut.

Suspek telah meminta mangsa naik ke tingkat atas untuk berjumpa dengan pengurus premis. Namun, setibanya di tingkat atas, mangsa mendapati tiada sesiapa di sana sebelum suspek menariknya ke dalam sebuah bilik dan meliwatnya.

Mangsa cuba melepaskan diri tetapi ditahan oleh suspek. Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri selepas menjerit meminta tolong.

Mangsa kemudian menjalani pemeriksaan di hospital dan mendapati terdapat kesan koyakan pada duburnya.

Susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa, seorang lelaki warga Pakistan telah ditahan sekitar pukul 6.30 petang pada hari yang sama. Suspek kini direman selama lima hari.

Hasil saringan ujian air kencing terhadap suspek menunjukkan keputusan negatif dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang melibatkan persetubuhan di luar tabii.

Sumber: mStar Online

Related Posts