3 jam JAWI tunggu Aliff Aziz buka pintu, terpaksa minta bantuan Bomba | The Reporter

3 jam JAWI tunggu Aliff Aziz buka pintu, terpaksa minta bantuan Bomba

Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dikatakan enggan membuka pintu selepas diminta berbuat demikian oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam serbuan jam 10.30 malam Jumaat.

Aliff dikatakan kantoi berkhalwat dengan pelakon wanita terbabit dan kerap datang ke rumah tersebut yang menyebabkan orang awam membuat aduan kepada JAWI.

Ekoran kedegilan pasangan itu memberikan kerjasama, JAWI yang telah menunggu selama tiga jam terpaksa menghubungi pihak bomba yang kemudian memaklumkan mereka akan memecahkan pintu unit kondominium tersebut jika masih enggan memberikan kerjasama.

Aliff akhirnya akur dan membuka pintu sebelum kedua-dua mereka dibawa ke pejabat JAWI untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, ahli keluarga wanita berkenaan, termasuk kakaknya yang juga seorang pelakon, turut berada di lokasi selepas dihubungi oleh adiknya.

Namun, mereka diminta beredar oleh JAWI.

Sumber: Harian Metro

Related Posts