'Kami sepatutnya naik cruise hari ni tapi pasport tak lepas' - Kecewa plan bercuti naik kapal peranginan tergendala | The Reporter

‘Kami sepatutnya naik cruise hari ni tapi pasport tak lepas’ – Kecewa plan bercuti naik kapal peranginan tergendala

Sumber gambar: TikTok Puan Azura

Seorang pengasas produk kecantikan meluahkan rasa kesal dan terkilan, hasratnya bersama keluarga untuk menaiki kapal peranginan tidak kesampaian.

Menurut usahawan yang dikenali sebagai Azura itu berkata, segalanya telah dirancang bersama keluarga dan besar harapannya dapat menaiki kapal peranginan berbanding kapal terbang kerana masalah anxiety.

Bagaimanapun, perancangannya untuk bercuti di luar negara buat pertama kalinya, tergendala disebabkan masalah pasport yang sudah hampir dengan tarikh tamat tempoh.

Percutian tergendala gara-gara pasport tak lepas

“Dah dapat peluang naik kapal laut, rasa seronok sangat. Dengan anak-anak pula tu. Saya memang dah rancang perjalanan istimewa ini untuk mereka. Tetapi Allah tak mengizinkan.

“Yang dapat naik, anak sulung seorang. Kami berempat iaitu saya, suami dan dua lagi anak tidak dapat naik,” katanya.

Azura kemudian cuba menghubung individu yang bertanggungjawab menguruskan percutian tersebut, tetapi panggilan tidak dijawab.

“Nak dijadikan cerita, pasport saya tinggal sebulan lagi nak tamat tempoh. Saya tak tahu tentang prosedur pasport perlu diperbaharui enam bulan sebelum tamat tempoh. Tiada sebarang taklimat daripada mana-mana pihak mengenai perkara itu.

“Sampai di Imigresen di sini, kami tak dibenarkan naik sebab pasport tak lepas. Bayangkan dua anak kecil saya yang teruja nampak kapal besar itu dan nak naik.

Ejen sepatutnya maklumkan lebih awal

“Tetapi tak dapat naik dan betapa kecewanya mereka. Itu yang saya tak boleh terima. Saya tak boleh tengok anak saya menangis,” katanya.

Insiden itu mungkin tidak akan berlaku sekiranya mereka dimaklumkan lebih awal oleh pihak agensi percutian dan berkesempatan untuk memperbaharui pasport.

Kini, Azura hanya mampu berharap wangnya berjumlah RM5,000 dapat dikembalikan oleh agensi berkenaan agar dia dapat meneruskan percutian bersama keluarga dengan menaiki kapal peranginan yang lain.

@azuraww_

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


I anxiety naik flight. Takut naik flight. Dah dapat chances nak kapal laut rasa seronok sgt. Dgn anak2 plak tu. I mmg dah plan this special for them. Tapi Allah tak izinkan. Yang dapat naik anak sulong i seorang. Kami berempat (saya, suami. Aishah dan amir) x dapat naik. Try call the pic tak angkat2. Cuma saya berharap duit saya dapat refund untuk saya naik cruise lain atau trip yg lain at least. cruise worldcruise resortworldcruise cruisemalaysia

♬ original sound – AZURAWW | FOUNDER AJNAA – AZURAWW | FOUNDER AJNAA

Sementara itu di ruangan komen, netizen memaklumkan ada peringatan yang telah dinyatakan dalam pasport di mana pemegang pasport perlu memperbaharui pas perjalanan itu enam bulan sebelum menghampiri tamat tempoh, jika merancang untuk ke luar negara.

Sumber gambar: Twitter Beberuruang

Semoga ada rezeki yang lebih baik

Ramai netizen bersimpati dengan insiden yang menimpa Azura sekeluarga dan berharap agar kejadian itu juga memberi pengajaran kepada yang lain untuk tidak mengulangi kecuaian yang sama di kemudian hari.

Walaupun begitu, netizen berpendapat pihak agensi percutian sewajarnya memberi peringatan mengenai perkara itu kepada pelanggannya.

“Ejen agensi pelancongan itu sepatutnya beritahu pelanggan. Sebab dah tentu ejen akan minta pasport sebab pelanggan akan memasuki perairan antarabangsa. Ejen wajib update customer,” kata Madam Lena Othman.

“Sabar puan. Anggaplah ia bukan rezeki puan dan keluarga. Insha-Allah ada rezeki yang lebih baik untuk keluarga di kemudian hari,” kata Aleena.

Sumber: TikTok

Related Posts