Seorang wanita mengalami trauma kerana kerap diganggu oleh bekas pekerja yang dipercayai mengalami masalah kesihatan mental.
Walaupun telah dinasihatkan untuk tidak mengganggunya, lelaki berkenaan bagaikan tidak faham bahasa dan berterusan menghubunginya membuatkan mangsa begitu tertekan.
Tidak tahan dengan apa yang berlaku, mangsa memilih untuk mendedahkan perbuatan lelaki itu di Twitter, semalam.
Trauma, tertekan & ketakutan
“Saya rasa dah sampai masa saya dedahkan perkara ini kepada umum, sebab saya dah tak tahan hidup dalam keadaan tertekan, trauma dan ketakutan.
“Lebih dari setahun saya diganggu oleh lelaki psiko ini, malah sampai ke hari ini dia masih mengganggu hidup saya,” kata Nur.
Menurut Nur, lelaki yang dikenali sebagai Am itu merupakan bekas pekerjanya semasa dia membuka perniagaan berasaskan kopi.
“Sepanjang bekerja, saya memang tak pernah rasa selesa langsung dengan dia. Rakan niaga saya yang akan berurusan dengan dia. Dia selalu video call saya pada waktu malam tetapi tak pernah angkat. Kami hanya berurusan melalui teks sahaja.



Kenapa tak cari?
“Februari 2022, dia berhenti kerja tanpa sebarang notis. Saya tak cari dia dan meneruskan perniagaan seperti biasa. 7 Mac 2022, dia call. Saya dah buang nombor dia, jadi saya tak tahu itu adalah dia.
“Saya jawab panggilan dan dia marah, tanya kenapa saya tak cari dia bila dia berhenti kerja. Kebetulan rakan niaga ada berdekatan dan saya serahkan telefon kepada dia. Saya ingatkan hal itu terhenti di situ sahaja, malangnya tidak.

“Dia hantar mesej seperti ini dan dari sini bermulanya gangguan tanpa henti daripada dia. Bermula dari hari kejadian ini, saya langsung tidak memberi sebarang respon,” katanya.
Jelas Nur lagi, hampir semua akaun media sosialnya ditemui oleh Am. Oleh kerana tiada pilihan lain, dia terpaksa menyekat semua akaun lelaki itu.
Jaga batas sebagai majikan dan pekerja
Urusannya menunaikan umrah pada April 2022 juga terganggu disebabkan Am yang tidak berputus asa untuk menghubungi.

Berdasarkan mesej yang dihantar, Am mengakui dia mula menaruh perasaan pada mangsa sejak pertama kali berjumpa. Tetapi kecewa apabila hasratnya untuk berkawan dengan Nur tidak kesampaian.
“Saya tak pernah berkawan dengan dia sepanjang kami bekerja. Sekadar batas antara majikan dan pekerja,” ujar Nur.


Difahamkan, Nur telah membuat dua laporan polis mengenai gangguan tersebut dan laporan terbaru dibuat pada 8 Ogos 2023. Tetapi dinasihatkan untuk menghubungi nombor yang diberikan oleh polis sekiranya lelaki itu berada berdekatan dengannya.
Nur yang kini dalam ketakutan. penat dari segi mental, dan berasa tidak selamat serta tidak tenang, merayu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tampil membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Sumber: Twitter








