Rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Singapura susulan penemuan 4.7 kilogram dadah dalam but kereta, di Woodlands | The Reporter

Rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Singapura susulan penemuan 4.7 kilogram dadah dalam but kereta, di Woodlands

Sumber gambar: ICA SIngapura

Pihak berkuasa Singapura menahan seorang lelaki warganegara Malaysia yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah.

Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan pada petang Sabtu lalu di pintu masuk Singapura, Pusat Pemeriksaan Woodlands, berikutan penemuan lebih 4.7 kilogram dadah jenis heroin di dalam kenderaannya yang didaftarkan di Malaysia.

Menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan ICA serta Biro Narkotik Pusat (CNB dalam satu kenyataan bersama berkata, cubaan suspek menyeludup masuk bahan terlarang itu gagal selepas pegawai ICA berjaya mengesan beg kanvas di dalam but kereta semasa melakukan pemeriksaan.

Bungkusan besar yang dipercayai mengandungi dadah terkawal itu kemudian dimaklumkan kepada pegawai CNB.

Pemeriksaan lanjut kemudian menemui 10 bungkusan kecil heroin seberat 4.723 gram yang dianggarkan bernilai RM1.1 juta.

Setakat ini, rampasan itu merupakan rampasan dadah tersebar di pintu masuk negara itu bagi tahun 2023.

Undang-undang Singapura menetapkan, mana-mana individu yang didapati menyeludup lebih daripada 15 gram heroin asli boleh dikenakan hukuman mati. Kes masih dalam siasatan.

Sumber: Kosmo! Online

Related Posts