Baru-baru ini Starbuck ada mengeluarkan tumbler edisi terhad Starbuck X Blackpink.
Peminat-peminat minuman Starbuck dan juga peminat kumpulan artis kumpulan Korea Blackpink tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tumbler ini sehinggakan ada yang sanggup beratur panjang dari awal pagi.
Disebalik keterujaan peminat-peminat itu, ada netizen yang menyindir usaha mereka.
“Benda alah ni tak ada nilai pun. Buang masa je gaduh dengan scalpers.
“Korang buta-buta je kena scam dengan Starbucks. Minum cawan ni tak akan jadikan kau secantik Lisa, ya. Baik kau beli emas,”kata netizen.








Namun begitu, wanita itu menepis tuduhan netizen itu dan menyatakan masing-masing mempunyai hak dan minat tersendiri.
“Ada orang suka kumpul emas, ada yang suka kumpul beli rumah then sewakan, ada orang suka beli kereta, ada yang suka pergi Eropah melancong.
“Ada yang salah? Tak.Hobi masing- masing. Pilihan masing- masing sesuai dengan duit yang ada dalam tangan. Tak perlu post perli antara satu sama lain,” katanya.
Tuduhan yang dilemparkan oleh netizen itu katanya boleh membuatkan pihak Starbucks mengeluarkan saman terhadap kenyataan itu.
“Buat generalisation yang Starbucks scam pembeli melalui jualan Blackpink x Starbucks merchandise?
“Nak juga tahu if Starbucks buat tagline or misleading iklan overclaim minum dari rhinestone tumbler, nanti jadi secantik Lisa.
“If Starbucks nak sue for defamation on grounds false accusations with malicious intent, boleh kena saman ya kakak, adik, abang.
“Miskin 7 keturunan harta bergolok-gadai if kena saman dengan MNC status jerung begini. Fikir dulu sebelum tulis.
“Suka hati la fans or even army Blackpink nak beli flask or tumbler harga kayangan,” tulisnya.
Sumber: Rebecca Ho








