Wanita akui ada 2 suami, suami pertama nikah di Siam & suami kedua di Malaysia | The Reporter

Wanita akui ada 2 suami, suami pertama nikah di Siam & suami kedua di Malaysia

Gambar sekadar hiasan | Sumber: Freepik

Jika sebelum ini isu penceraian dan juga poligami adalah isu biasa yang dibahaskan. Kerjaya sebagai peguam syariah sudah pastinya berdepan dengan pelbagai kisah dan cerita pasangan dari latar belakang yang berbeza.

Perkongsian melalui TikTok oleh seorang peguam syariah mengenai wanita ini sangat mengejutkan. Kisah benar yang dikendalikan beliau ini mendedahkan seorang wanita mempunyai dua orang suami.

“Suami pertama berkahwin di Siam tanpa pengetahuan keluarga dan suami kedua berkahwin di Malaysia direstui oleh ibu bapa.

“Waktu siang isteri ke rumah suami pertama dengan memberikan alasan kepada bapanya mahu keluar kerja.

“Bila waktu malam, si isteri balik ke rumah suami kedua yang tinggal sekali dengan bapanya,” katanya.

https://www.tiktok.com/@lawyershazril/video/7254202901499858178?_r=1&_t=8e3L0bsV1e5

Namun begitu, kata peguam ini wanita tersebut enggan berpisah dengan kedua-dua suaminya kerana sayang.

“Haram memang menyeronokkan,” tulisnya.

Menerusi komen, penguam ini menyatakan kes sudah selesai dan wanita itu mengikut pilihan bapanya.

“Isteri ikut pilihan bapa, pilih yang kedua. Jadi berlaku penceraian untuk pernikahan pertama,” katanya.

Sumber: TikTok Shazril Khairy Mustafa

Related Posts