Kebelakangan ini sering dipaparkan warga Singapura yang cuba mengambil peluang untuk membeli minyak di Malaysia.
Terdahulu, tular seorang penghantar makanan yang dikatakan telah digantung tugas kerana menegur dua warga Singapura mengisi minyak menggunakan tong.
Isu tersebut telah mendapat perhatian ramai pihak sehingga ada yang mahu memboikot syarikat penghantaran makanan tersebut. Walaubgaimanapun kes tersebut sudah selesai dan penghantar makanan itu sudah kembali bekerja seperti biasa.
Susulan dengan itu juga, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata,warga asing tidak dibenarkan untuk membeli petrol RON95 walau dengan apa alasan sekali pun termasuk kegunaan go-kart.
“RON95 adalah subsidi bagi rakyat Malaysia dan ianya tertakluk di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Pemilik stesen minyak boleh dikenakan tindakan termasuk amaran keras sekiranya terdapat bukti jelas berlaku pembelian petrol RON 95 kepada warga asing,”katanya.
Namun begitu, lain pula kisah yang dikongsikan oleh lelaki ini melalui Twitter. Lelaki ini mendakwa ada individu yang telah mencuri minyak dari keretanya ketika dia berkunjung ke Singapura.
“Pergi ke Singapura membawa kereta, minyak kena curi. Tak pasti sama ada orang Singapura atau warga asing, tapi yang pasti hilang beberapa liter,” tulisnya.
Hantaran tersebut menarik perhatian ramai kerana sangkaan mereka kejadian sebegitu tidak sepatutnya berlaku di sebuah negara yang dilabelkan sebagai negara kelas pertama.
“Biar betul, negara kelas pertama ada CCTV dimana-mana. Kau campak sampah dalam tong terus dapat tangkap dan saman. Ini siap boleh curi minyak lagi ni, macam mana?” kata Aipanmayn.
“Betul-betul terdesak ni sampai minyak petrol pun diorang sedut,” kata Obaidiah.
“Apa masalah Singapura dengan minyak? Masuk Malaysia curi minyak. Orang pergi sana pun, depa curi juga,” kata Shushi.
Sumber: Syahmi Azhari








