Suami pelakon Fatin Afeefa, Opai atau Aliff Awang kini sebelum ini telah dipanggil oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membantu siasatan berhubung penggunaan nombor pendaftaran QPA1 pada sebuah kereta McLaren bukan miliknya.
Bagaimanapun trader yang mempunyai lebih 70,000 pengikut di Instagram itu tidak tampil memberikan kerjasama. Hal ini menyebabkan JPJ terpaksa meminta bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan lelaki itu.
Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis panggilan temu siasat yang meminta Opai datang ke Pejabat JPJ untuk dirakam keterangan.
Tetapi selepas 14 hari daripada tarikh surat itu dikeluarkan, Opai tidak muncul di Pejabat JPJ.
“Jadi, kita meminta bantuan polis kerana mereka ada kuasa untuk mengeluarkan waran dan mengesannya di rumah,” katanya memetik laporan daripada Harian Metro, 3 Julai 2023.
Erick percaya, trader berkenaan masih berada dalam negara dan keengganannya menuruti notis panggilan temu siasat itu seolah-olah mencabar JPJ.
Sebelum ini, Opai menyelar tindakan pihak media yang memperbesarkan isu tersebut. Sedangkan perkara itu katanya sudah lama berlalu. Malah, Opai mendakwa pihak media sengaja menyiarkan berita mengenainya kerana dia sememangnya bagus untuk menarik perhatian netizen.
Sumber: Harian Metro








