Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Viral di media sosial rakaman video seorang jurujual di kedai pakaian yang didakwa bersikap kurang ajar terhadap pelanggan yang berkunjung ke kedai tersebut.
Difahamkan, jurujual berkenaan telah mengambil inisiatif untuk meminta maaf kepada pelanggan berkenaan dan memintanya menurunkan video viral tersebut.
“Saya minta maaf jika itu kesalahan saya. Saya harap awak boleh memaafkan saya dan saya minta tolong awak delete video itu. Saya harap kita boleh selesaikan kes tanpa dendam atau marah.
“Alhamdulillah dah selesai benda yang jadi viral sangat itu. Moga-moga benda yang viral itu minta tolong siapa yang share tadi tolong delete. Kami sudah berdamai,” kata jurujual berkenaan.
Bagaimanapun tiada sebarang kenyataan dari pelanggan berkenaan.









