Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia, Inspektor Yip Chang dalam keterangannya di Mahkamah Tenom mendedahkan sebanyak 90 gambar dan tiga video berunsur lucah ditemui dalam telefon bimbit yang telah didaftarkan atas nama pendakwah terkenal, Ebit Lew.
Beliau yang merupakan saksi kelapan dalam kes berkenaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa telefon bimbit itu telah didaftarkan atau digunakan oleh penama yang mendaftar masuk menggunakan e-mel ebitlew@gmail.com berserta dua nombor telefon.
Menerusi telefon bimbit berkenaan beliau telah menemui 90 gambar dan tiga video yang disyaki berunsur seksual seperti gambar menampakkan kemaluan lelaki, buah dada perempuan dan lain-lain.
Beliau turut memberitahu mahkamah ada tiga gambar serupa dengan gambar bahan bukti yang dikemukakan dalam sesi perbicaraan sebelum ini.
“Dinyatakan terdapat dua panggilan keluar yang dijawab dan selama 136 saat dan 1,346 saat pada tarikh 1 Mei 2021 jam 7.28 pagi dan pada tarikh 20 Mei 2021 jam 7.50 pagi,” katanya.
Bagaimanapun, Chang Ching berkata, tiada sebarang mesej atau media seperti dokumen, pautan dan gambar yang dijumpai. Berkemungkinan mesej berkenaan telah dipadam atau tiada sokongan (backup) dalam telefon bimbit berkenaan.
Terdahulu, Ebit berhadapan dengan berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian