5 pelajar ditahan merusuh, pukul junior | The Reporter

5 pelajar ditahan merusuh, pukul junior

Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Lima pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes seorang pelajar tingkatan satu dipukul sehingga mengalami kecederaan di sebuah sekolah di Ipoh, Perak

Susulan itu, mangsa telah mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dalam satu kenyataan berkata, tangkapan dibuat setelah menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa dipukul oleh pelajar tingkatan empat dan lima.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian dan mengesan suspek lain yang terlibat dalam kejadian ini.

“Mangsa telah mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan mengesan suspek lain yang terlibat.

Dalam pada itu, Azizi menegaskan pihaknya memandang serius kejadian itu dan menyeru orang ramai agar tidak mengambil sebarang tindakan menyalahi undang-undang serta tidak menimbulkan sebarang spekulasi.

Sumber: Polis Perak

Related Posts