5 lelaki termasuk Kerabat Pahang didakwa cederakan individu dengan pisau - The Reporter

5 lelaki termasuk Kerabat Pahang didakwa cederakan individu dengan pisau

Sumber Gambar: Bernama

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Lima lelaki termasuk kerabat diraja Pahang mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederakan seorang lelaki dengan menggunakan pisau.

Tengku Eddie Akasya Tengku Abdul Rahman, 20, Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani, 39, Mohd Taufiq Daud, 32, Khairul Azhar Rosli, 38, dan seorang anggota polis Mohd Fouzi Md Nur, 44 didakwa secara bersama melakukan kesalahan dengan sengaja mencederakan paha kanan Alias Awang, 44, dengan pisau.

Kesemua mereka didakwa melakukan perkara itu terhadap mangsa di kawasan lot bangsal kuda, di Jalan Teluk Sisek di sini, pada jam 12:20 tengah malam, 6 Jun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan Keseksaan dan dibaca dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kesemua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM7,000 setiap seorang dengan syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Terdahulu, seorang lelaki mendakwa diserang sekumpulan individu termasuk kerabat Diraja Pahang sehingga cedera.

Susulan itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menitahkan polis menjalankan siasatan segera, telus dan adil, berhubung dakwaan tersebut.

Semua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM7,000 setiap seorang serta syarat tambahan melapor diri di balai polis sebulan sekali sehingga kes selesai dan tidak menganggu saksi.

Sumber: Bernama

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!