'44 juta like, 100K view dalam masa 5 minit' | The Reporter

’44 juta like, 100K view dalam masa 5 minit’

Sumber Gambar: FB Pak Mat Western

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Selepas kes penceraian beliau beberapa minggu lalu, selebriti, Fattah Amin terus disebut-sebut sehinggakan ada yang menggelarkan dirinya sebagai duda terhangat.

Kemunculan pertama kali beliau menerusi sesi siaran langsung di TikTok juga menarik ramai mata yang memandang.

Tidak terhenti disitu sahaja, kemunculan beliau dalam siaran langsung ketika mempromosikan produk makanan jenama terkenal Pak Mat Western juga mendapat sambutan di luar jangkaan.

https://www.tiktok.com/@selawatlahhari2/video/7426737209195220232?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7425799637992605202

Bukan sahaja meraih tontonan tinggi, malahan produk yang dipromosikan habis terjual.

“44 Juta like, 100 ribu tontonan dalam masa 5 minit. Kambing sold out.

“Record terbaru jualan live pertama Fattah Amin,” tulis hantaran Pak Mat Western.

Rata-rata netizen bukan sahaja dalam kalangan wanita, malahan kaum lelaki juga tidak melepaskan peluang untuk menyokong jualan tersebut.

Sumber: Pak Mat Western, TikTok

Related Posts