'40 hari je kahwin dah kena cerai, sebab dia pilih janda anak dua' - Pengadu - The Reporter

’40 hari je kahwin dah kena cerai, sebab dia pilih janda anak dua’ – Pengadu

Hancur luluh hati seorang wanita. Lelaki yang baru dikahwini 40 hari lalu telah mengambil keputusan untuk bercerai dengannya kerana memilih untuk bersama janda dua anak.

Melalui hantaran di Facebook, pengadu meluah rasa sedih dan terkilan dianiaya oleh lelaki itu.

“Kalau dah tak sayang, kenapa mesti teruskan perkahwinan? Kan dah aniaya anak orang. 40 hari je berkahwin.

“Yang perempuan ni pun tak fahamlah aku. Laki orang pun kau nak kacau, kenapa? Biji kau dah gatal sangat?

“Janda anak dua ini juga kau (suami) nak,” katanya.

Difahamkan, pengadu menjalinkan hubungan dengan lelaki itu sejak empat tahun lalu. Malangnya perhubungan mereka dirosakkan begitu sahaja.

Menurut pengadu, lelaki itu curang semasa mereka bertunang dan perkara itu hanya diketahuinya pada hari kedua pernikahan mereka. Walaupun begitu, dia masih memberikan peluang. Tetapi peluang tersebut disia-siakan.

“Empat tahun kita kenal, kau rosakkan macam ni je. Masa tunang pula tu kau curang. Masa tu aku tak tahu je. Tapi Allah tunjuk kat aku masa second day nikah.

“Ini kantoi buat kali kedua sampai kena cerai sebab dia pilih perempuan itu,” ujarnya.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, orang ketiga berkenaan aktif dalam kelab permotoran jenama tempatan. Malah dia juga pernah menjadi pengapit kepada pasangan itu pada majlis perkahwinan mereka.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!