Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tular satu rakaman video siaran langsung perbualan empat orang remaja yang didakwa berbual mengenai pengambilan bahan terlarang.
Menerusi perbualan berkenaan, mereka bukan sahaja dengan bersahaja bercerita mengenai bahan terlarang berkenaan, malahan turut menunjukkan satu plastik berwarna lut sinar dan peralatan yang dipercayai untuk menghisap dadah.
Orang ramai yang melihat siaran langsung berkenaan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas remaja berkenaan.
Susulan itu, menerusi satu laporan, pihak polis kini menjalankan siasatan berhubung rakaman berkenaan.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Seri Khaw Kok Chi, salah seorang individu yang dipercayai terlibat dalam video berkenaan sudah membuat laporan polis di Melaka.
“Polis akan memanggil individu lain yang terbabit untuk membantu siasatan,” katanya.
Beliau berkata, JSJN sedang menjalankan risikan dan penelitian terhadap perbualan mereka yang didakwa berkaitan dadah dan objek ditunjukkan semasa siaran langsung berkenaan yang dikatakan bahan terlarang itu.








