38 maut, 29 terselamat dalam nahas pesawat Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan | The Reporter

38 maut, 29 terselamat dalam nahas pesawat Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan

Nahas pesawat Azerbaijan Airlines
Sumber gambar: Reuters

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sebuah pesawat Azerbaijan Airlines yang membawa 67 penumpang terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan, semalam, mengakibatkan 38 maut dan 29 terselamat, termasuk dua kanak-kanak, menurut pihak berkuasa Kazakhstan.

Pesawat J2-8243 itu dalam perjalanan dari Baku, Azerbaijan, ke Grozny, Rusia, sebelum membuat pendaratan cemas kira-kira 3 kilometer dari Aktau.

Timbalan Perdana Menteri Kazakhstan, Kanat Bozumbayev, berkata 29 mangsa berjaya diselamatkan dari serpihan pesawat, namun 11 daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

“Kebanyakan mayat mangsa berada dalam keadaan hangus terbakar. Semuanya telah dihantar ke bilik mayat untuk proses pengecaman,” kata Bozumbayev.

Tambahnya, seorang mangsa yang tidak sedarkan diri masih belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri bersamanya.

Kotak hitam pesawat telah ditemui dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca nahas. Laporan awal menyebut burung mungkin melanggar pesawat, memaksa juruterbang melakukan pendaratan cemas.

Kazakhstan telah membuka siasatan jenayah berkaitan pelanggaran peraturan keselamatan. Presiden Rusia, Vladimir Putin, turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menghantar bantuan perubatan ke lokasi. – Agensi

Related Posts