Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kebimbangan seorang guru mengenai pistol air yang disyaki mengandungi bahan-bahan makanan yang tidak selamat untuk anak-anak, mencetus pelbagai reaksi netizen khususnya golongan ibu bapa. Dalam catatan Cikgu Mohd Fadli Salleh di Facebooknya sebentar tadi mendedahkan, beliau telah merampas sejumlah besar pistol air milik muridnya dari tiga buah kelas.
Difahamkan, pistol air yang mengandungi cecair manisan itu dibeli dengan harga RM1 untuk dua unit.
Bimbang kejadian yang menyebabkan anak muridnya jatuh sakit dan koma berulang kembali, guru berkenaan menasihatkan penjaga atau penjaga berhati-hati dan menasihatkan anak masing-masing untuk tidak membeli pistol air tersebut. Malah turut meminta peniaga di luar sekolah tidak menjual produk berkenaan.
INI SERIUS. Gambar ini, gambar mainan. Tetapi artikel ini bukan main-main. Kau baca elok-elok dan ambil pengajaran.
- Air di dalamnya itu. Pistol ini bila dibeli ada air manis, masin dan masam. Bergantung pada warna pistol kau beli.
- Air itu aku sangat ragui banyak hal. Pertama sekali, banyak sangat bahan kimia. Lupa aku nak snap dekat-dekat apa ‘ingredients’ air itu.
- Selepas itu, logo halal dia memang cap ayamlah. Halal betul atau haram, entahlah. Tetapi aku syak logo halal itu tipu.
- Tiada tarikh luput. Barang makanan mesti ada tarikh luput, kan? Yang ini ‘yilekk’. Beli hari ini, 7 tahun lagi kau nak minum pun boleh.
- Tiada tercatat alamat dan pengilang pistol air ini. Misteri sungguh pengilang ini. Kau tak sangsi? Kalau disebabkan air ini ada murid keracunan, bahkan membawa maut, siapa kita nak persalahkan? Nak saman siapa?
Baik, kau dengar sini. Dua atau tiga tahun lepas, murid aku umur lapan tahun tidak sedarkan diri berhari-hari. Senang kata, koma. Puas doktor mencari punca, setelah kajian dibuat, mereka percaya punca utama adalah dari air minuman jenis ‘spray’ dalam mulut.
Peniaga di luar pagar ini, pihak sekolah tak boleh halau. Luar pagar sekolah beb, bukan bidang kuasa guru. Aku cuma boleh pesan pada murid supaya tidak membeli di luar pagar sekolah. Itu sahaja. Mereka peniaga pun tak tahu juga benda ini bahaya. Esok aku akan jumpa peniaga di luar sekolah aku dan slow talk suruh dia jangan jual lagi benda ini.
Berdasarkan beberapa komen di ruangan status Facebook guru berkenaan, ada ibu bapa yang mendedahkan anak-anak mereka juga ada membeli pistol air tersebut yang dibeli di luar sekolah.
Justeru, netizen meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil langkah pencegahan awal bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada murid-murid sekolah.














