3 penunggang motosikal dalam perjalanan pulang selepas makan ikan patin Temerloh, maut selepas dirempuh kereta Peugeot - The Reporter

3 penunggang motosikal dalam perjalanan pulang selepas makan ikan patin Temerloh, maut selepas dirempuh kereta Peugeot

Gambar ihsan orang awam

Tiga penunggang motosikal maut akibat dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di jalan besar Felda Jengka 17, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, kejadian berlaku pada jam 6.15 petang yang membabitkan tiga motosikal Yamaha Y15ZR dan kereta Peugeot.

Ketiga-tiga mangsa yang merupakan sahabat iaitu Fadhli Syah Sulaiman, 19, Muhammad Firdaus Zainal Abidin, 20, dan Mohd Ridhwan Mahayadin, 35, maut di lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu lelaki berusia 51 tahun yang menghala ke Temerloh telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan ketiga-tiga mangsa yang ketika itu sedang menghala ke Bandar Pusat Jengka.

Akibat dari pertembungan itu, kesemua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Jengka untuk dibedah siasat.

Sementara itu, pemandu Peugeot yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan pulang selepas menikmati hidangan ikan patin Temerloh sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu tampil membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!