Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tiga pegawai polis telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes kehilangan wang tunai sebanyak RM85,000 di sebuah premis di Lebuh Pudu.
Pada Khamis lalu, pihak berkuasa membuat operasi khas di kawasan berkenaan dan telah menahan lbih 1,000 warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan ketiga-tiga pegawai yang ditahan berusia antara 26 hingga 35 tahun.
Menurutnya, laporan mengenai kehilangan wang tunai RM85,000 itu diterima pada jam 12.36 tengah malam, Jumaat.
“Kes sedang dalam siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Semua individu yang ditahan telah direman selama empat hari, bermula semalam hingga Selasa ini,” katanya.
Beliau juga meminta orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan atau menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat.
Sumber: Kosmo! Online