3 lelaki Rohingya terbabit dalam 20 kes samun bersenjata di 6 negeri, ditembak mati | The Reporter

3 lelaki Rohingya terbabit dalam 20 kes samun bersenjata di 6 negeri, ditembak mati

Sumber gambar: Info Semasa

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Polis Selangor telah berjaya menumpaskan kumpulan samun yang didalangi oleh etnik Rohingya. Tiga penjenayah yang merupakan anggota Geng Rantau Fiesta telah ditembak mati di Selayang pada awal pagi Sabtu, 23 Disember 2023.

Anggota polis telah melepaskan sekurang-kurangnya tujuh tembakan sebelum ketiga-tiga penjenayah itu meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan bahawa dua daripada penjenayah tersebut memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR). Seorang lagi suspek yang tidak memiliki dokumen telah dikenal pasti aktif dalam aktiviti jenayah sejak tahun 2011.

Senjata digunakan suspek | Sumber gambar: Info Semasa

“Kumpulan ini, yang terdiri daripada tiga hingga empat orang, pernah ditangkap sebelum ini. Salah seorang daripada mereka yang telah mati mempunyai 12 rekod jenayah.

“Kebanyakan kes adalah samun dan dia pernah ditangkap dan dipenjarakan pada 2016 dan 2017 bagi kesalahan pecah rumah,” kata Datuk Hussein.

Datuk Hussein menambah, “Apabila dia dibebaskan, kumpulan ini telah aktif semula. Kami percaya bahawa kumpulan ini telah melakukan samun pecah rumah sebanyak 27 kes di Selangor sahaja.”

Ketiga-tiga warga asing yang terbabit berusia dalam lingkungan 30 tahun. Mereka juga dipercayai terbabit dalam kira-kira 20 kes samun dan pecah rumah di enam negeri termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, dan Pulau Pinang dengan menggunakan senjata api.

Sumber: Astro Awani

Total
0
Shares
Total
0
Share