3 bekas pelajar menang saman terhadap guru Bahasa Inggeris yang ponteng mengajar selama 7 bulan | The Reporter

3 bekas pelajar menang saman terhadap guru Bahasa Inggeris yang ponteng mengajar selama 7 bulan

Sumber gambar; Harian Metro

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menganugerahkan RM50,000 kepada setiap tiga bekas pelajar (plaintif) SMK Taun Gusi, Kota Belud yang berjaya membuktikan kes mereka dalam saman yang difailkan terhadap seorang guru Bahasa Inggeris yang tidak hadir (ponteng kerja 7 bulan) untuk mengajar mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi, Leonard David Shim mendapati, semua defendan (1 hingga 7) iaitu Mohd Jainal Jamran, bekas pengetua sekolah, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Pengarah Pendidikan Sabah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Malaysia telah melanggar hak perlembagaan plaintif di bawah Perkara 5 yang dibaca bersama Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.

“Lima defendan tersebut (1 – 5) sudah melanggar hak perlembagaan ketiga-tiga plaintif untuk mendapat pendidikan yang dijamin kepada plaintif di bawah Perkara 5 yang dibaca bersama Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan

“Mahkamah mendapati bahawa, adalah hak perlembagaan pendidikan plaintif untuk diberikan guru yang menghadiri kelas untuk mengajar dan menyediakan mereka untuk peperiksaan Bahasa Inggeris yang dilanggar oleh defendan.

“Mahkamah juga mendapati bahawa semua lima defendan tidak mengambil sebarang langkah yang munasabah untuk melindungi hak plaintif.

“Bukti menunjukkan bahawa tarikh defendan pertama tidak hadir ke sekolah adalah sama dengan rekod Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS). Tiada keterangan yang menunjukkan defendan pertama sedang bercuti atau terbabit dalam aktiviti sekolah lain dalam tempoh lama dia tidak hadir.

Dengan keputusan itu, mahkamah memerintah kesemua defendan membayar ganti rugi am RM30,000 dan ganti rugi teruk RM20,000 kepada setiap plaintif. Ganti rugi itu akan ditanggung secaa bersama dan berasingan oleh semua defendan.

Tiga bekas pelajar berkenaan, Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali dan Calvina Angayung yang kini berusia 22 tahun telah memfailkan saman tersebut melalui peguam mereka, Sherzali Herza Asli, pada 7 Disember 2020.

Sejak proses perbicaraan bermula pada 5 September 2022, plaintif telah memanggil 10 saksi dan perbicaraan selesai pada Januari 2023.

Sumber: Harian Metro

Related Posts