3 anggota polis terlibat dalam rompakan di Semenyih, ditahan polis - The Reporter

3 anggota polis terlibat dalam rompakan di Semenyih, ditahan polis

Foto hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes rompakan di sebuah rumah di Jalan Sungai Pening, Kampung Pasir Semenyih.

Penahanan ini dilakukan pada Khamis, selepas pihak polis menerima maklumat mengenai kes samun tersebut pada Rabu malam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan pihaknya menerima maklumat mengenai kes tersebut diterima pada jam 12.17 malam, Rabu.

Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah menahan dua suspek lelaki di Batalion 19, PGA Cheras pada jam 12.20 malam, Khamis. Kedua-dua suspek yang ditahan adalah warga tempatan berusia antara 32 hingga 35 tahun.

Seorang lagi suspek lelaki, juga warga tempatan berusia 24 tahun, telah menyerah diri di IPD Kajang pada jam 1.00 petang, Khamis.

Kesemua suspek direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 3 Akta Senjatapi 1971, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Datuk Hussein menegaskan PDRM tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dalam jenayah. Siasatan akan dijalankan sepenuhnya mengikut jenayah yang dilakukan tanpa kompromi.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!