Dua penunggang motosikal dilaporkan maut dalam kemalangan di Jalan Pulau Gadong, Melaka yang membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), pagi tadi.
Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, mangsa, Nurul Rahimah Abdul Samad, 32, dan Iman Nur Azrin Norman, 18, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian itu berlaku pada jam 8.20 pagi yang membabitkan mangsa, Nurul Rahimah Abdul Samad, 32, dan Iman Nur Azrin Norman, 18.
Kedua-dua mangsa dilaporkan maut di lokasi kejadian berpunca daripada kecederaan parah di bahagian kepala.
Siasatan polis mendapati, kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15 dan Honda EX5 dalam perjalanan kearah Klebang dari Lebuh Alor Gajah.
TIba di lokasi, mereka dirempuh oleh sebuah SUV jenis Hyundai Tuscon dipandu oleh lelaki berusia 36 tahun yang dipercayai hilang kawalan sebelum termasuk ke laluan bertentangan.
Impak daripada kemalangan itu, kedua-dua mangsa maut serta-merta di lokasi. Pemandu SUV itu pula hanya mengalami kecederaan ringan di muka.


Dalam keterangan kepada pihak polis, pemandu SUV berkata matanya silau ketika melalui tempat kejadian menyebabkan kenderaannya gagal dikawal lalu hilang kawalan.
Pemeriksaan lanjut di lokasi mendapati keadaan ada adalah baik dan kering. Kemalangan itu berlaku di jalan dua lorong.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Kosmo! Online








