‘2 kali masuk wad, masa discaj gaduh tak nak bayar’ - Warga asing enggan bayar bil hospital, netizen gesa kerajaan wajibkan insurans - The Reporter

‘2 kali masuk wad, masa discaj gaduh tak nak bayar’ – Warga asing enggan bayar bil hospital, netizen gesa kerajaan wajibkan insurans

Satu gambar tular memaparkan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah terlantar di sebuah hospital. Warga asing berkenaan dikatakan telah dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, warga asing ini didakwa tidak mahu membayar bil hospital sehinggakan tercetus pergaduhan walaupun ada yang mengatakan keluarga pesakit berkenaan dilihat seperti orang yang berkemampuan.

Keengganan warga asing itu membayar bil hospital menyebabkan netizen tertanya-tanya bagaimana kos perubatan tersebut ditanggung.

Difahamkan, segala kos tersebut ditanggung oleh cukai rakyat Malaysia.

Situasi ini mengundang kemarahan netizen dan meminta pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan isu ini.

Dalam masa sama, netizen memberikan cadangan kepada pihak kerajaan untuk mewajibkan warga asing untuk mengambil insurans perubatan.

Dalam satu perkongsian lain juga, seorang pegawai perubatan juga menjelaskan pendatang asing tanpa izin yang mendapatkan rawatan di hospital merupakan beban kesihatan kepada negara.

@alepza11

Selagi tak selesaikan punca, selagi tu tak selesai masalah. #dralphazaki #LearnOnTikTok

♬ original sound – Alpha Zaki – Alpha Zaki

Sumber: Malaysia Most Viral

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!