Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Mei 1948 dianggap berita gembira buat kaum Yahudi, namun berita duka bagi rakyat Palestin. Pada tahun tersebut satu peristiwa hitam yang telah berlaku dan diberi nama nakbah atau bencana yang dialami oleh rakyat Palestin.
Setelah zionis mendapat sokongan daripada British untuk membentuk negara Yahudi di Palestin, mereka mula mengisytiharkan tanah tersebut merupakan milik mereka.
Situasi ini telah mencetuskan konflik peperangan seterusnya membawa kepada penghapusan kaum Palestin,pengusiran dan pelarian 700,000 rakyat Palestin, penyahpenduduk dan pemusnahan lebih 500 kampung Palestin oleh Zionis serta penafian hak kembali Palestin.
Peristiwa Nakba ini dilihat kembali berulang apabila sebahagian rakyat Palestin mula mengambil keputusan mencari tempat perlindungan untuk keluar dari konflik peperangan ini.
Menerusi beberapa rakaman video, kelihatan penduduk Palestin mengangkat bendera putih tanda mereka sudah mengalah dengan situasi tersebut.
Satu rakaman tular juga memaparkan seorang warga emas yang berusia 90 tahun dilihat menyertai ribuan penduduk yang lain mencari tempat perlindungan.
Anam, dikatakan sudah melalui peristiwa Nakbah sebanyak dua kali. Kali pertama pada tahun 1948 manakala kali kedua pada tahun 2023.
Walaupun usianya sudah semakin lanjut, Anam dilihat masih gagah berjalan sambil dipimpin oleh seorang wanita dan lelaki yang dipercayai anaknya.
Melihat kepada situasi ini, masyarakat dunia semakin sayu dan hiba melihat kegigihan dan ketabahan penduduk Palestin yang tidak pernah kenal erti lelah.
“Dari sungai hingga ke senggara, Palestin akan merdeka!”
Sumber: Al-Jazeera, Muhammad Smiry