15 termasuk 6 pelajar ditahan kerana buat bising dengan motosikal hingga ganggu ketenteraman awam - The Reporter

15 termasuk 6 pelajar ditahan kerana buat bising dengan motosikal hingga ganggu ketenteraman awam

Polis menahan 15 individu termasuk enam pelajar sekolah yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan lampu isyarat berdekatan dengan sebuah stesen minyak di Rantau Panjang, yang dilanda banjir, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, penunggang motosikal yang ditahan itu berusia antara 14 hingga 20 tahun.

Sebanyak sembilan saman pelbagai kesalahan dikeluarkan terhadap mereka yang didapati melakukan kesalahan mengubah suai kenderaan dan tidak mempunyai lesen memandu.

Terdahulu, polis menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan sekumpulan penunggang motosikal mengganggu ketenteraman awam di lokasi berkenaan.

Bertindak di atas maklumat, polis telah datang ke lokasi dan menahan 15 motosikal dan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

Sumber: Berita RTM

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!