147 pegawai & anggota PDRM dibuang kerja pada 2024, kesalahan dadah tertinggi | The Reporter

147 pegawai & anggota PDRM dibuang kerja pada 2024, kesalahan dadah tertinggi

pegawai PDRM dibuang kerja
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad memaklumkan seramai 147 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja sepanjang 2024 berbanding 139 orang pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 64 individu ditamatkan perkhidmatan atas kesalahan berkaitan dadah, diikuti masalah integriti (56), jenayah (24), dan rasuah (tiga). Azri menyatakan, kesalahan narkotik seperti memiliki, mengedar, dan positif dadah merupakan pelanggaran paling tinggi yang dikesan.

“Selain itu, dua pegawai dikenakan tindakan turun pangkat atas kesalahan syariah seperti menjalinkan hubungan intim dan poligami tanpa kebenaran,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, sebanyak 1,957 Kertas Siasatan Tatatertib (KST) dan 1,373 Kertas Enkuiri Tatatertib (KET) telah dibuka sehingga November 2024. Dalam tempoh sama, seramai 1,212 pegawai dan anggota dikenakan tindakan tatatertib.

JIPS juga telah melaksanakan 551,863 pemeriksaan pematuhan di seluruh negara dan mengesan lebih 5,150 kelemahan di lapangan sepanjang tahun lalu.

“Sepanjang tempoh tersebut, Cawangan Risikan dan Operasi JIPS telah membuat 111 tangkapan terhadap pegawai polis, termasuk 49 kes berkaitan dadah dan daun ketum, diikuti perjudian, pemerasan, gaya hidup mewah, serta hubungan intim (32), dan pelacuran serta pusat hiburan (30),” ujarnya.

Sumber: Kosmo! Online

Related Posts