Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Boston, Massachusetts – Seekor kucing bernama Luna yang dikurung dalam sangkar arnab kecil selama 12 tahun, akhirnya merasai kebebasan setelah diselamatkan. Video menunjukkan hari pertama dia merasai kebebasannya menarik perhatian ramai di media sosial.
“Sudah 6 tahun sejak dari hari itu, lebih 2,000 hari kini dihabiskan untuk memanggilnya ratu dunia, mencium perut kerintingnya, dan memberinya kasih sayang sepenuhnya,” kata pemiliknya, Julie Nashawaty.
Dalam video tersebut, Luna kelihatan manja dan gembira pada malam pertama dia berada di rumah baru.
Pada 28 Disember 2018, Julie menemui Luna di sebuah pusat perlindungan haiwan di Boston. Luna, ketika itu berusia 12 tahun, kelihatan lemah dan kecil.
“Saya pada awalnya hanya mahu menghantar sumbangan, tetapi apabila melihat kucing Maince Coon tua itu, saya tahu dia milik saya,” kata.
Luna diselamatkan daripada keadaan di mana lebih 50 ekor kucing dikumpulkan dan tidak dijaga dengan baik. Mereka dikurung dalam sangkar arnab kecil tanpa penjagaan rapi. Ketika ditemui, Luna hanya seberat 2.72 kilogram, mengalami jangkitan pernafasan, bulunya kotor, dan giginya patah kerana menggunakan botol air untuk arnab.
Walaupun mengalami penderitaan, Luna tetap menunjukkan kasih sayang dan mempercayai manusia.
Enam tahun selepas diselamatkan, Luna kini hidup bahagia bersama Julie, suaminya, dan seekor kucing peliharaan lain bernama Ollie. Walaupun masih menghadapi masalah kesihatan seperti demensia, Luna kekal menjadi kucing yang ceria dan penuh kasih sayang. – Agensi








