13. Skim Khairat Kematian diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas dengan peruntukkan RM6.8 bilion.
Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
14. Bagi membantu golongan B40 khususnya penerima BR1M jana pendapatan tambahan, Kerajaan galakkan penyertaan sebagai pemandu ride-sharing seperti Uber. Pendapatan boleh mencecah RM1,500 sebulan jika memandu separuh masa, 10-40 jam seminggu dan RM4,300 jika melebihi 40 jam seminggu. Jika tidak memiliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat menggunakan BR1M dan rebat RM4,000 bagi pembelian Proton Iriz.
15. Untuk mengalakkan golongan muda membuat pelaburan jangka panjang, Kerajaan telah memperkenalkan Skim Persaraan Swasta atau PRS. RM165 juta untuk cadang naik insentif sedia ada RM500 kepada RM1,000 one off kepada pencarum PRS dengan pelaburan minimum RM1,000 untuk tempoh dua tahun.
16. Bermula Januari 2017, fixed line broadband ditawar dengan kelajuan lebih tinggi pada harga sama. Pelanggan 5mb/s pada RM149 kini dapat 10mb/s. Dalam tempoh dua tahun bagi pakej ini, kelajuan akan ditingkatkan dua kali ganda dengan penurunan harga sehingga 50%. Double the speed at half the price.
- Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 kepada setiap pelajar daripada keluarga berpendapatan sehingga RM3,000, memanfaatkan 3.5 juta murid.
- RM1.1 bilion bagi Bantuan Makanan Asrama untuk 365 ribu murid.
- RM300 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia kepada murid sekolah rendah
- RM1.1 bilion merangkumi Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan, Bantuan Buku Teks dan Bantuan Geran per kapita.
- Geran sepadan disediakan kepada pelajar Tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i.
- Menyediakan elaun bulanan murid berkeperluan khas sebanyak RM150 kepada 67 murid serta menggantikan bas bagi 21 sekolah berpendidikan khas.
- RM600 juta diperuntukkan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah.
- Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
- Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
- Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.
22. Pelepasan cukai baru sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu. Pelepasan setiap dua tahun sekali mulai tahun taksiran 2017.
23. Pelepasan cukai sehingga RM1,000 diberi kepada pembayar cukai individu yang menghantar anak berusia 6 tahun ke bawah ke taman asuhan dan pra-sekolah berdaftar mulai 2017.
24. Sebagai penghargaan atas khidmat terpuji para penjawat awam, sukacita saya mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam, manakala RM250 kepada para pesara Kerajaan. Bayaran ini akan diberi pada awal Januari 2017.