Olaraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya merangkul pingat perak dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) di Sukan Paralimpik Paris 2024
Walaupun hasrat untuk menggenggam emas tidak kesampaian, namun dia tidak kecewa kerana baginya sudah memberikan pencapaian yang terbaik dalam kejohanan berkenaan selain dapat menebus kekecewaan pada edisi Tokyo 2020.
Terdahulu, penyertaan Ziyad dibatalkan gara-gara lewat ke bilik panggilan pada Tokyo 2020.
Untuk kejohanan pada kali ini, Ziyad hadir 20 minit lebih awal ke bilik panggilan di Stade de France sebelum memulakan aksi acara lontar peluru lelaki
Atlet berusia 34 tahun itu memulakan saingan lontaran pertama 16.75m, 16.66m pada percubaan kedua diikuti 17.18m yang merupakan lontaran terbaiknya pada percubaan ketiga.
Oleksandr Yarovyi dari Ukraine memecah rekod dunia sebanyak dua kali sekali gus mengesahkan pingat emas menjadi miliknya.
Yarovyi melakukan catatan 17.60m pada percubaan ketiga dan lontaran 17.61m pada percubaan keempat.
Sumber: Sinar Harian