Zahnita Wilson akui terkejut, suami tiba-tiba 'play victim' | The Reporter

Zahnita Wilson akui terkejut, suami tiba-tiba ‘play victim’

Zahnita Wilson terkejut suami play victim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon Zahnita Wilson mengakui terkejut dengan kenyataan suaminya, Abdul Zackery, yang mendakwa dirinya sebagai mangsa sebenar keganasan rumah tangga mereka.

Zahnita enggan memberikan sebarang komen lanjut berkaitan kenyataan tersebut. Namun, dia menjelaskan bahawa dia tidak menyangka suaminya boleh berkata demikian.

“Maaf saya tak mahu ulas apa-apa tentang kenyataan tersebut. Tapi saya tak sangka sebenarnya dia boleh berkata demikian. Nak ke orang tahu tentang hal ni?” katanya.

Pelakon itu juga menegaskan, jika suaminya terus mempertahankan kenyataan tersebut, dia akan tetap berjuang untuk menegakkan kebenarannya, dan dia akan meneruskan kes tersebut.

“Kalau dia nak buat macam ni, okay saya akan teruskan dengan kes ini,” tegasnya.

Pada masa yang sama, Zahnita turut memberitahu bahawa dakwaan yang dilemparkan itu disebabkan oleh keengganannya untuk menarik semula laporan yang dibuat terhadap suaminya.

“Perkara ini berlaku disebabkan saya tidak tarik balik kes terhadap dia,” jelasnya.

Dalam kes mahkamah yang berlangsung baru-baru ini, Abdul Zackery ada membuat permintaan untuk menarik semula laporan kes yang telah difailkan Zahnita sebagai syarat untuk dia melafazkan cerai.

Sumber: Gempak

Related Posts