Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Semalam tular hantaran Facebook ejen hartanah yang mendakwa seorang YouTuber kantoi menipu beli rumah banglo bernilai RM9.7 juta. Sedangkan pempengaruh itu hanya menyewa dengan bayaran kira-kira RM20,000 sebulan.
Ishaq Marazi berkata, dia memperolehi maklumat itu daripada sumber yang dipercayai. Malah pemilik rumah dikatakan sedang mencari pembeli untuk membeli rumah mewah itu.
Kesal difitnah ejen hartanah
Bagaimanapun, YouTuber Isa Isarb tampil menafikan dakwaan tersebut yang disifatkan sebagai fitnah.
“Kalau kita beli satu rumah, lepas tu kita nak masuk awal. Proses banking belum selesai lagi, tapi kita nak masuk awal. Jadi apa yang kita boleh buat adalah, kita minta dengan owner lama, I nak masuk dulu and I bayar you renting. Aa.. macam tu.
“Awak (Ishaq) patutnya bukan contact ejen (hartanah) yang tengah cuba menjual rumah ini. Sekarang cuba awak pergi check iklan di satu Malaysia, mesti dah tak ada iklan untuk rumah ini untuk dijual.
“You actually dah memfitnah, you’re very wrong and you’re bad person now. Jadi sekarang ini kesannya awak dah bagi saya nampak jahat ni. Macam mana awak nak bayar hutang saya?” tegasnya.
‘Apa point viralkan saya?’
Dalam masa sama, Isa juga hairan mengapa ejen hartanah berkenaan mempertikaikan tindakannya menyewa di rumah tersebut. Sedangkan dia membayar sewa rumah itu termasuk bil utiliti lain hampir RM45,000, bukannya duduk secara percuma.
“Saya pelik sebenarnya, kalau saya sewa pun apa problem dengan awak? For your information saya sewa pun RM20,000, maintenance RM10,000 – termasuk aircond 40 HP, landskap, swimming pool, kolam ikan, dan segalanya. Bil elektrik nak dekat RM15,000. Jadi di situ saja dah dekat RM45,000.
“Apa point awak viralkan saya? Untuk apa sebenarnya? Ini rumah subsale bang, proses jual beli tengah jalan. Saya boleh masuk awal, tapi kena bayar sewa dekat owner lama.
“Sekarang ni awak dah viralkan saya, macam mana? Jadi awak dah kacau proses saya (beli rumah). You very disturbing, I hate you,” katanya.
Sumber: Instagram Isa Isarb