Walaupun terpaksa berdepan dengan tindakan undang-undang gara-gara mengeluarkan kenyataan yang didakwa mengapikan kaum Melayu, usahawan wanita keturunan Kemboja, Mariyah Yaakob, kekal tenang dan berkesempatan memuat naik video baharunya di TikTok.
Menurut Mariyah yang juga pemilik syarikat Mariyah Holdings Sdn Bhd itu berkata, apa yang berlaku adalah ketentuanNya.
“Alhamdulillah saya okay. Apa yang terjadi dalam hidup ini, memang Allah dah tulis, Allah dah tetapkan perjalanan hidup kita ini. Apa yang berlaku semua memang qadar Allah.
“Saya tak pernah pertikaikan.. Permasalahan ini adalah qadar Allah kerana Allah sayang kita, tahu kita mampu,” katanya.
Dalam pada itu, Mariyah juga memohon maaf kepada anaknya, Ezuan, yang turut terpalit dalam isu itu.
“Ibu pun minta maaf dengan Ezuan sebab ibu dah babitkan Ezuan dalam permasalahan ini. Tak sepatutnya babitkan Ezuan dalam masalah ini.
“Ibu harap Ezuan kuat, hanya Allah tahu apa yang tersirat dalam hati ibu,” ujarnya.
Sementara itu, Mariyah turut berterima kasih kepada pengikutnya yang masih memberikan sokongan dan membeli produknya sehingga kehabisan stok.
“Kepada yang DM, WhatsApp suruh saya asbar dan mendoakan saya, yang masih support produk saya sampai tak cukup, terima kasih sangat-sangat.
“Terima kasih kepada semua follower saya, daripada Singapura, Johor Bahru dan seluruh Malaysia,” katanya.
Bagi menggembirakan ibunya, Ezuan turut menghadiahkan sejambak bunga. Namun tidak menyangka, pemberian itu akan membuatkan usahawan itu menangis.
“Ibu sedih kalau ada apa-apa terjadi pada kita dua beranak. Macam mana dengan masa depan awak (Ezuan). Sebab awak terlalu muda, banyak lagi benda yang awak kena lalui. Kalau ibu seorang, ibu tak kisah, ibu dah tua. Ibu nak awak pergi lebih jauh lagi.
“Ya Allah, Ya Tuhanku, semoga semua kemelut ini berakhir dengan tenang. Ya Allah, tolonglah aku, bantulah aku ya Allah. Tunjukkan aku jalan keluar daripada semua permasalahan ini ya Allah. Aku tak mampu ya Allah, aku hamba Mu yang sangat lemah,” katanya.
Sumber: TikTok