Will Smith akan kembali bertempur dalam dunia zombie, I Am Legend 2 - The Reporter

Will Smith akan kembali bertempur dalam dunia zombie, I Am Legend 2

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pelakon terkenal Hollywood, Will Smith, telah mengesahkan bahawa sekuel kepada filem ‘I Am Legend’ sedang dalam peringkat akhir penulisan skrip.

Menurut Smith, sekuel ini akan berdasarkan kepada versi alternatif yang terdapat dalam versi DVD filem tersebut, di mana wataknya, Dr. Robert Neville, masih hidup.

Smith juga telah mengesahkan bahawa dia akan berlakon bersama Michael B. Jordan dalam filem ini.

Menurutnya, skrip untuk ‘I Am Legend 2’ telah dihantar dan dia akan berbincang dengan Jordan mengenai filem tersebut.

Walau bagaimanapun, Smith tidak dapat memberikan lebih banyak maklumat tentang filem ini pada masa ini.

Filem ‘I Am Legend’ pertama telah ditayangkan pada tahun 2007. Sepanjang tempoh tayangannya di seluruh dunia, filem ini telah berjaya mengutip lebih $585 juta (RM2.7 bilion).

Pengumuman tentang sekuel ini telah menimbulkan kegembiraan di kalangan peminat, memandangkan sudah lebih 15 tahun sejak filem pertama ditayangkan.

Sumber: Livemint, Deadline

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!