Tragedi letupan saluran paip gas di Putra Heights kini mencetuskan lebih banyak persoalan selepas tular tangkap layar mesej WhatsApp yang mendakwa berlaku pencerobohan ke atas tanah rizab milik Petronas sebelum kejadian.
Mesej bertarikh 17 Disember itu memaparkan perbualan dua individu yang menyuarakan kebimbangan tentang kerja-kerja yang dikatakan dijalankan secara sembarangan di kawasan berpagar milik Petronas.
“Masuk rizab Petronas dah. Kena report ni Petronas. Dia tercucuk paip tu meletup sampai rumah kau nanti,” tulis salah seorang pengirim mesej.
- Lydia Ibtisam meninggal dunia
- MBI nafi dakwaan tulisan bahasa Cina dipasang bersama mercu tanda ‘IPOH’
- Dari FIFA ke PBB? Trump mahu Infantino jadi Setiausaha Agung baharu
- Pelakon Lydia Ibtisam kritikal, Elliza Razak mohon doa kesembuhan
- Fahmi sifatkan tindakan lapan Ahli Kongres AS biadap
Individu tersebut turut mendakwa pagar yang mengelilingi kawasan itu telah dirobohkan oleh pihak yang tidak dikenali.
“Main selamba je diaorang ni. Dah masuk pagar dah, dia dah robohkan pagar tu,” katanya lagi.

Tangkapan layar perbualan itu kini hangat diperkatakan di media sosial, di samping rasa simpati terhadap mangsa kebakaran dan penduduk setempat yang terjejas.




Sebelum ini, polis memaklumkan siasatan sedang dijalankan termasuk mengenal pasti kontraktor yang dipercayai menjalankan kerja berhampiran lokasi kejadian. Permit kerja juga akan disemak dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengetahui sama ada kerja tersebut dijalankan secara sah atau sebaliknya.
Letupan yang berlaku pada Selasa lalu menyebabkan kebakaran sepanjang 500 meter dan mencederakan beberapa individu, selain memaksa pemindahan penduduk ke pusat pemindahan sementara (PPS).








